Thursday, December 15, 2011

berMula dan beRakhir..!!!

telah aku memulakan dan telah aku mangakhirinya...sangat sedih menyedih bersedih,suka duka,benci membenci dibenci.. " SEKALI NAMAMU KULAFAZKAN HATI TIDAK PERNAH TERDETIK MENYEBUT YANG LAIN..." 

dah tamat dah baca novel "AKU TERIMA NIKAHNYA" actually 2 hari baca dah habis tapi al maklum lah busy nak khawin kan lamabat lah sikit proses manupdate blog ni..hihihihi dalam novel tu puteri ade cakap..."aku terima nikahnya dan aku sudi dinikahi.." jadi hari ini 15 desember 2011 aku pula nak cakap MOHD SAHWAL "aku terima nikah nya dan aku sudi di nikahi...."hihihi gatal..!!!

hmm sedih sangat novel ni macam jalan cerita novel ni labih kurang novel "sepupuku suamiku" seakan akan sama...tamat lah sudah...!!!akhirnya bersatu kembali pada cinta pertama...tapi tak semua cinta pertama tu bersatu...

Tuesday, December 6, 2011

uSai aku TerimA nikaHnYa...

USAI AKU TERIMA NIKAHNYA

aku baru je beli buku ni...sebabnya bila baca sinopsis dia macam best sangat...tapi tak tau lah...masih dalam proses mentelaah lagi...hihihihi

Puteri Nur Aina, tidak pernah mengharapkan kehidupan indah di atas pernikahan terpaksanya dengan Iskandar hafiz. Baginya perkahwinan ini adalah penyelamat kepada dirinya yang derita dan dikongkong oleh keluarga angkatnya. Takdir telah menentukan mereka suami isteri telah jatuh cinta dan melalui fasa bahagia alam rumah tangga.

Namun, episod gembira cinta mereka tidak disenangi oleh beberapa pihak yang menyebabkan Iskandar Hafiz amat tertekan. Lalu keputusan yang diambilnya secara tidak sengaja telah menyebabkan Puteri Nur Aina sedih lagi terluka.

Dalam masa yang sama muncul sahabat baik Iskandar Hafiz, Megat Khalif yang telah jatuh cinta pada Puteri Nur Aina pada pandangan pertama lagi, dan sanggup berkorban apa sahaja demi melihat 'puterinya' tersenyum bahagia semula.

Dia tidak berputus asa menunggu sehingga Puteri Nur Aina dapat melupakan Iskandar Hafiz dan menerimanya dengan sepenuh hati. Malangnya, apabila Puteri Nur Aina mula menerimanya, Iskandar Hafiz kembali menagih kasih....

Puteri : "Hadirmu bagaikan seorang wira, menyelamatkan aku dari lembah sengsara, yang mengajar apa itu rasa cinta dan erti perasaan. Namun, yang seorang lagi cukup sempurna, setia mengubati lukaku, sentiasa ada saat aku memerlukan. Tanpamu aku lelah..."

Abang Is : "Kau bukannya yang pertama di hati, namun kaulah perempuan pertama aku nikahi, sehingga lidahku menjadi kelu untuk menyebut nama yang lain, menjadikan hanya dirimu perempuan terakhirku..."

Khalif : " Rasa cinta padamu tidak pernah pudar, walaupun nyawa bercerai dengan badan. Apa yang kuinginkan, hanyalah kebahagiaan dirimu, Puteriku...."

Apakah kesudahan kemelut kisah cinta mereka? Temui jawapan akhirnya dalam Usai.... Aku Terima Nikahnya


" SEKALI NAMAMU KULAFAZKAN HATI TIDAK PERNAH TERDETIK MENYEBUT YANG LAIN..."

Monday, December 5, 2011

kala RINDU...

kadang kala terasa memulai kata kata dengan " ku cuba untuk melupakanmu menghapus engkau dari hatiku
mengubur semua kenangan indah di jiwaku tapi akankah ku akan mampu menghilangkan engkau dari hatiku
hanya dalam detak jantungku terukir namamu" tapi bila kala rindu menghinggapi hati yang telah lelah untuk mencintai...

Friday, December 2, 2011

lamA..

assalammualaikum...

hmm lama sudah rasannya aku tak update blog ni...hihihi...rasa cam malas pulak nak tulis..banyak sebenarnya cerita yang nak cerita tapi rasa macam malas pulak nak menuli..(bukan macam tapi hakikatnya memang PEMALAS...)

hari 2 desember 2011 esok 3 desember 2011 esok genap lah 2 minggu aku bergelar tunang kepada MOHD SAHWAL...fuh rasa macam cepat je dah 2 minggu...hmmm rasa macam baru semalam je aku bertunang...















Monday, November 14, 2011

"2"

dia..saya tak sangka
"tiba tiba tak diduga dikau berdiri dihadapan mata mengembalikan nostalgia memori bersama membisu seribu makna rahsia terpendam didada tak kusedar sekali lagi kujatuh hati denganmu..kita berdua bagai rela JATUH CINTA UNTUK KALI KE 2..."
"melenyapkan dilema yang melanda walau pun sementara..detik romantis kini bersemi cinta dua hati...mengerti tanpa bicara perasaan suci kita.."

sejujuR maNa kaTa kaTa

Sejujur mana ikhlasnya hati ketika lembut senyum diberi apakah ada tujuan...sebalik senyuman itu...Sejujur manakah kata-kata ketika kita bertentang mata boleh kah aku percaya mungkin itu satu sandiwara kerana sering pengucapan zahir batin tak seiring ada rasa ada jiwa terluka hilang rasa percaya Pengalaman telah mendewasakan mematangkan fikiran pahit getir yang pernah kulalui guruku sejati Bukan dirimu ku curigai aku sekadar berhati-hati... tidak rela bakal ada yang kecewa... biar waspada

AkHirnya diA taHu...

terlebih dahulu saya pohon ampun dan maaf pada awak MUHAMMAD AMALI...kalau sebelum ini saya sekadar tulis awak sebagai kekasih lama tapi hari ini saya tulis dan sebut didalam hati saya nama awak..

akhirnya awak muhammas amali tahu tarikh keramat saya malam tadi..bukan saya taknak bagi tahu tapi saya taknak awak sakit hati..kecewa.."by kan kita dah janji kita nak berbahagia bersama walau pun sementara untuk saat saat terakhir ini.."

alhammdullilah dan syukur padamu ya allah dia masih bersamaku...!!!







Friday, November 11, 2011

paGi teNgah haRi...

teh tarik..:::ane teh tarik satu kasi tarik panjang panjang kasi buih lebih ::: hikhik hik hik



inilah makanan saya yang saya makan dari pagi sampai lah tengah hari...hihihi malam je belom lagi...hmmm nak makan ape ye malam nie...???hihihihihihi :)

Wednesday, November 9, 2011

aidiladha...



pic dekat kampung negeri sembilan....

lagu Dan keNangan...!!!

wah!!!hah!!! lagu dan kenagan hahahaha eceh...bila dah lama tak update blog banyak pulak rasanya benda yang nak di update dalam kepala otak aku ni...bila update blog sambil dengar lagu ini lah yang terlintas di kepala otak aku "LAGU DAN KENANGAN" hmm banyak betul lagu yang dia pernah bagi pada aku dan yang pernah menjadi saksi kenangan cinta kita orang berdua...sayangnya tak berpanjagan...hmmm

yang aku pernah ingat lagu yang dia pernah tuju pada aku hmm lagu izin kan selamanya namamu dihati...lagu ni dia bagi saat kitaorang dah goyah dan dah berjauhan...hmm bila aku dengar memang sedih sangat...

bila dah putus dia pesan pada aku supaya dengar lagu luahan hati..hah lagu ni aku mamang tak paham maksud apa lagu ni dan tujuan dan tujuan apa dia bagi aku lagu ni...


bila dah putus aku bertemu kembali dengannya pada 9/7/2011 aku dan dia hanya sempat berkasih selama seminggu sahaja kerana halangan dan kerna terpaksa untu aku berpisah balik dengan dia...saat ni dia mengaku yang dia curang dalam percintaan kitaorang...dan waktu ini juga dia minta kau dengar lagu curang yang dia berikan pada aku..dan aku faham maksudnya...

bila curang dia nyatakan dan mengaku yang dia curang dalam percintaan kitaorang dulu dan aku buka hati dan minta dia faham isi dan hati aku...aku minta dia dengar lagu dirantai digelangi rindu..."...dosamu kuanggapkan debu bisa diterbang angin yang lalu kusedia memaafkanmu biar aku berparut seribu asal sembuh lukamu pahitku rasa madu..." dan dari situ lah dia mengerti aku menerima dia kembali...tapi pertemuan aku dan dia berakhir pada 13/7/2011 aku dapat tau yang dia nak berkhawin..tapi dia katakan pada aku dia tak berkhawin dan dia telah pun putus tunang..tapi aku tetap dengan aku..aku tak jadi perampas sepertiman perempuan lain rampas cinta aku dulu...

aku ingat aku dan dia berakhir setakat disitu tapi tidak aku bertemu kembali dengannya..pada 31/10/2011 dia call aku..dan dari tarikh itu juga lah sehingga kini aku dan dia bersatu kembali..dia tuju kan aku lagu sanggupkah kau bersabar sayng..hari hari pasti aku tak lupa dengar lagu tu..kami kembali bersatu walu pun kami tahu hanya sementara....













kalAu dah JodOh taK kaN keMana..!!!

hmm percayalah  kalau dah jodoh takkan kemana..kerana ia sudah tertulis sejak azali lagi...tapi untuk aku,aku kurang pasti adakah dia yang dulu milik aku adalah jodoh atau pun sebalik nya...kemana aku pergi pasti ada dia ( kekasih lama ) sekarang ni di saat genting yang akan tiba untuk aku dan muhammad sahwal dia datang kembali..adakah ini dugaan orang bertunang...???setelah dia (kekasih lama) datang kembali sejak seminggu yang lepa aku dan dia ( kekasih lama ) berkawan balik..berkawan..???hmm teman tapi mesra..???hmm aku pun tak pasti tapi apa yang aku rasa kawan yang lebih mesra..dia ( kekasih lama ) tahu aku hendak bertunang tapi dia tidak yang aku akan bertunang pada minggu depan..ya allah macam mana untuk aku beri tahu pada dia ( kekasih lama) dan dia ( kekasih lama ) juga tahu aku hendak berkhawin...walau macam mana aku dan dia masih mesra sebagaimana waktu bercinta dulu...sayangnya nak lepas kan dia..anadai dulu dia tak pernah curang pada aku tak akan semua ini terjadi...pasti kita bahagia...

bila setiap kali baba dan mama aku menjemput orang untuk hadir ke kenduri aku yang tak lama lagi akan tiba ini semua orang bertanya adakah dengan dia..?

so sekarang bila orang tanya adakah aku dengan dia ( kekasih lama) senang je aku jawab " tak ada jodoh...lau tak dapat satu bendera ngan baba orang negeri sembilan tapi nak wat cam ne ayam den lapeh.." bila aku jawab sebegitu tak adalah rasa sedih tu melanda hati walau pun aku tahu payah untuk hapus kan rasa sedih tu...





selaMat haRi raYa adiLaDha..!!!

ASSALAMMUALAIKUM...!!!

rasanya masih belum terlambat untuk saya/aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADAHA pada semua...khas buat family tercinta dan tak lupa juga pada yang tercinta MUHAMMAD SAHWAL BIN ENAS serta yang pernah mencinta... :)

Tuesday, November 1, 2011

paGi noVembeR...!!!

hari ni hari yang membuat kan aku marah...sekarang aku tak puas hati...bengang!!!..setann!!!..sial!!! sumua aku nak sebut..macam bangsat..!!!fuck..!!!entah bila lah gaji nak dapat macam haram sial betul lah..oi kau tak tau ke aku nak khawin nak guna duit...!!!oi kau tau tak aku buat loan tak lepas...!!!semua pasal kau..!!!kau tak bayar epf...!!!oi sekarang aku tak ada duit mampus kau lah esok aku tak datang..kau jangan tanya kenapa...!!!oi aku tak da duit bodoh nak pergi kerja...!!!woi asal kau selalu bayar gaji staff lambat hah...!!!kau tau tak staff kau ni bukan kaya macam kau...!!!kau ingat kaya macam kau bapak segala duit sumua ada..!!!bodoh...!!!semua nya pasal kau...!!!mampus tak nak kalau rasa dah tak mampu nak bayar gaji nak bayar epf, bagi tau yang kau sekarang dah nak bankrup...!!!senang staff kau cari kerja lain...!!!sial..!!!bangsat..!!!fuck you..!!!

noVembeR..!!!

welcoMe novembER..!!! i haVe a big dAy in The moNth oF noVember...!!!!

Monday, October 31, 2011

saAt2 GenTing..!!!

di saat genting ini lah..kekasih lam datang kembali..hmm 30 october 2011 dia call...dann disaat ini kasih seakan berubah..

caYa lah jaNg..!!!

caya lah jang hobin jang hobin..hahaha monang bola pialo malaysia...!!!hahahaha caya lah ponjago gol noghori sombilan FARIZAL...hahaha ghaso ghaso den cam hensom lak ponjago gol nghori sombilan ni hah...!!!caya lah jang...!!!caya lah farizal..!!! sobonar eh hati den ni hah dah tortambek hati hah kek ponjago gol noghori sombilan ni hah...hahahhaa...apo apo pon nghori sombilan memang the best...HOBIN JANG HOBIN


Friday, October 28, 2011

hoBin jaNG hoBIn...!!!

hobin jang hobin...!!!
hihihihi somangat nie esok bula ni hah malam sok...mosti nghori den monang ni...(noghri abah den yo den lahir kek klumpur makno ey den orghang klumpur lah) hahahaha...apo apo pon malam sok mosti monang...moh kito baco lirik lagu hobin jang hobin...!!! (nak dongar tak dapek lah..)

Hobin Jang Hobin...3x
Daghi sawah tughun padang
Kini kau dah pandai nondang
Kali ini mesti monang
Bukan susah cukup sonang

Hobin jang hobin...3x
Sumbek gol banyak-banyak
Bia sampai jaghing kuyak
Main bia hati-hati
Jangan masok gol sendighi

Hobin jang hobin...x3
Duo satu kocik bona
Ompek satu sonyum lebar
Kalu buleh tujuh kosong
Bia dio balik molopong
Molopong.. molopong. molopong..
Hobing jang hobin...3x
Hobin jang hobin...3x
Yam Tuan sokong kito
Montoghi Bosar sokong kito
Undang Luak sokong kito
Jangan buek malu muko
Hobin jang hobin...3x
Kali ini kalau kalah
Balik kampong potong gotah
Kito jangan monggollabah
Pialo kito punggah
Punggah.. punggah...

Hobin jang hobin...3x
Bukan main bola lisut
Bukan main bola tampar
Biar orang terkojut
Kito menang piala Malaysia

Hobin Jang Hobin...3x
Hobin bin bin bin hobin jang hobin..............
Hobin... hobin... hobin jang hobinnnnn........
Hobin jang hobin....

hah tu dio..somangat noghori sombilan...apo apo pon walau den tak dapek poei stadium pon tak apolah ( sobonar bajet untuk tiket tak ado hahahaha) dapek tengo kek screen bosa pon jadi lah yo...hihihihihi

HOBIN JANG HOBIN!!!KASI GOGAR TONGGANU...!!!KASI MONANG NOGHORI SOMBILAN...!!! 



Tuesday, October 25, 2011

saTu naMa teTap DihaTi....

~ :: E.Y.E... satu nama tetap dihati...
lagu ni dia kekasih lama tuju kan pada aku,dia suruh aku cari dan simpan lagu ni..lagu ni dia tuju pada aku ketika aku dan dia seakan akan jauh,jauh yang terlalu jauh angkara orang ketiga yang katanya adalah tunang nya...waktu masih bersama aku tak sempat cari dan simpan lagu ni...tapi hari ni aku tiba tiba teringat dan aku cari untuk sekadar ingatan pada kenangan lama...saat ni pun aku dengan dia telah jauh jauh yang terlalu jauh masa untuk bersama memang tiada lagi,ungkapan kata kata sayang pun tiada lagi pada saat ini...tapi hari ini hanya lah tinggal satu kenangan antara kau dan dia juga lagu ini...

thanks dia ( kekasih lama) kerana bagi saya lagu ni tapi pada ketika ini saya tak faham maksud lagu ini tapi hari ini saya telah faham apa maksud lagu ni...walaupun antara kita telah tiada namun segala kenangan kita berdua suka duka pahit manis susah senang dari sekolah hingga ke alam pekerjaan dari bercinta naik motor hingga ada kereta tetap saya kenang kan...

satu perkataan yang saya rasa saya amat dihargai dan mula menjadi penting diri saya untuk awak adalah bila awak nyatakan "sayang nye saya nak lepaskan awak pergi" dan saya jawab "tak pe hari isnin kita jumpa" perkataan tu masih sampai hari ini saya ingat..perkataan yang membezakan saya dan dia adalah bila awak kata kan pada saya "ye dalam hati saya kini  hanya ade dia" perkataan ini awak kata pada saya bila saat terakhir kita berpisah 9/3/11,perkatan yang saya tak boleh lupa awk mencaci saya dengan perktaan "ko bleh bla tak pompuan aku xnak ckp ngan ko" sampai bila bila pun saya akan ingat setiap apa awak buat pada saya...baik ataupun buruk...

saya faham antara awak dengan saya telah tertulis memang tiada jodoh antara kita cuma saya hanya mengimbas cinta kenangan silam antara kita...apa apa pun saya tetap doakan awak bahagi dan bertemu dengan orang yang benar benar dapat menjaga awak hingga akhir hayat AMIN...!!!!!!!

Monday, October 24, 2011

6 buLan

assalammualaikum...!!!
wah arini genap lah 6 bulan saya bersama muhammad sahwal melayari bahtera cinta...alhamdullilah masih berkekalan..walaupun jarang sama sekali untuk meluang masa bersama..kataorang biar jauh nanti hati rindu selalu..bila rindu makin sayang..makin hari makin sayang..hihihi...hmmm amin...!!!gembira tak terkata bersamanya...dan tinggal beberapa minggu sahaja lagi nak bergelar tunang muhammad sahwal bin enas..hihihi..hmmm thanks to muhammad sahwal bin enas kerana awak selalu ada untuk saya...

NoThing to SaY..!!!

andai ada orang dan akan selalu orang bertanya mengapa kita tidak bersama jawab lah JODOH antara kita tiada...!!!!!!

andai engkau menangis melihat aku menjadi milik dia...aku tak akan sesekali menangis melihat engkau menangis,engkau terluka,atau apa sesekali pun...!!!!!!!

kenapa apa aku tidak menangis melihat engkau..???

kerana engkau sikit pun tidak menangis saat engkau tinggalkan aku untuk orang yang baru engkau cinta...jadi tidak mustahil untuk aku tidak menangis tengok luka di hati engkau....!!!

andai engkau bertanya kenapa semua ini terjadi pada engkau..cuma satu harus engkau ingat apa telah kau buat suatu ketika dulu,andai tidak terjadi pada engkau mungkin engkau harus ingat setiap perbuatan ada pembalasannya...!!!

Friday, October 21, 2011

laMA suDah...

assalammualaikum...!!!ada orang tak...saya nak masuk ni...hihihihi.... :)
eceh wah!! lama ni dah ni rasanya dah tak update blog ni...nak kata busy tak pun sebenarnya..tak tahu nak update apa...hmmm cerita pertama sepanjang minggu ini saya pergi kerja,kerja saya tengok movie dekat you tube cerita pertama saya tengok jeng..jeng...
  • bini bini ku gangster
  • raya tak jadi
  • sekali lagi ( hmmm sedih gila)
  • nur kasih ( tengok suku je bosan tak de mood nak tengok...)
TAHNIAH!!!nadya kerana anda berjaya tengok movie...anda adalah pekerja cemerlang..hahahahah
eh...!!!macam best je lagu amelina zapin tujuh purnama (update blog sambil dengar lagu amelina..)fuh...!!!tinggal barapa minggu je lagi ni nak menjadi tunangan orang...hihihi gatai ni dah tak sabar...hahahah...
 
:) 

Monday, October 17, 2011

janGan ada Dusta aNtara Kita...

Ketika pertama kujumpa denganmu
Bukankah pernah kutanyakan padamu kasih
Takkan kecewakah kau pada diriku
Takkan menyesalkah kau hidup denganku kasih

Memang kau bukan yang pertama bagiku

Pernah satu hati mengisi hidupku dulu
Dan kini semua kau katakan padaku
Jangan ada dusta di antara kita kasih

Semua terserah padamu aku begini adanya

Kuhormati keputusanmu, apapun yang akan
Kau katakan, sebelum terlanjur kita jauh
Melangkah, kau katakan saja

Friday, October 14, 2011

sengal...!!!

mereka dan mereka...hahaha ini lah tak ada kerja kat YTS ni..sumua bosan tulah yang mengena,terkena dan dikena...apa yang terkena..?dikena..?terkena..?ikuti di facebook hahahaha...

hasil kerja muhammad amirul naim bin jahari..kuang hasam tol!!!



bila aDa..!!!

bila ada yang lain menyintai dan dicintai dan bila mula terjatuh cinta tanpa terduga di sengaja atau pun sengaja
jawapan yang pasti masih tidak ada yang pasti 
sedang kan kita yang mencari sendiri..

dari kekasih kepada kekasih...
-hattan-

Thursday, October 13, 2011

jiWa..!!!

jiwa yang menjiwa jiwai...
jiwa yang tersentuh..
jiwa yang menyentuh...
jiwa yang di sentuh...

saraPan paGi...

salam...!!!SELAMAT PAGI...hihihihi  senyumlah kuala lumpur "kuala lumpur senyuman mu di pagi ini Dipagi  ini Sungguh  bererti Kerna  cinta  bersemi  lagi...Bila  ku  bisikan  puisi  cinta dan  tugu  peringatan  negara Bagai  tersenyum Dalam  diam  bergembira Memberi  sokongan  cinta Agar  bersinar  sentiasa" hihihihi 

pagi ini pagi yang bersinar ini di pagi khamis ini bersamaan tanggal 13/11/2011 saya memulakan sesuap untuk mengisi perut yang lapa ini dengan teh ais dan roti telur cicah kari...

alhamdullilah kenyang sangat..mulakan harimu dengan senyuman...!!!

Wednesday, October 12, 2011

aduH duh Duh...!!!

huhuhu gila lah saya sudah jatuh hati jatuh cinta dengan en aril...hahaha kalau lah ada lelaki mamat macam dalam cerita cinta alysa tu kan bagus...
malam termimpi siang terbayang bayang oh aril...hahahaha
tapi saya jatuh cinta aril a.k.a johan asri dalam cerita cinta alysa...
pada hakikat dan realiti muhammad sahwal tetap dihati...

hari INi ..!!!

:: bermula hari ini 5:15 pm tanggal 12/10/2011 saya telah pun bersama sahwal bercinta berkasih gaduh suka duka 5 bulan 2 minggu 4 hari...

meNghitUng haRi...

assalammualaikum....!!!

hihihi...fuh!!! menghitung hari detik demi detik masa kunanti akan tiba...hanya tinggal 1 bulan 1 minggu bersamaan 38 hari je lagi...hmm rasa rasa terasa macam tak sabar sabar pun ada ni...huhuhu sabar sabar kali pastikan jari yang nak disarung kan cincin tak mengeletar hahahaha macam hari merisik hari..huhuhhu mana tak nya cuak gila beb...gua tak pernah rasa sedemikian rupa hahahaha...first time...pengalaman yang mengasyikkan huhuhuhuhu...aduh kali ni tak tahu lah bagaimanakah..?hahahahahaha aduh muhammad sahwal pastikan anda dibelakang tak golak kan den yo...kalau golak tau lah apo den nak buek..hihihi wah!!! tapi hati ni dah tergedik gedik ni tak sabar ish gatal betul ye...!!!hahahaha hmmm kepada baba dan mama ayah dan mak terima kasih yang tidak terucap kerana merestui kami berdua..semoga saya NOOR NADIYA BINTI NORASIKIN dan MUHAMMAD SAHWAL BIN ENAS bahagia dan setia hingga ke akhir hayat...amin...!!!

keNyang...

ok saya/aku sangat kenyang hari ni...fuhh!!! hari ni saya/aku makan ikan bawal goreng cili,kerabu mangga,dan ulam kacang botor..fuh lamak sedap gila...owh air lupa pulak..i love u..hahahaha bukan air limau ais..air teh tarik  kasi panjang buih kasi lebih ni pun belum habis...hmmmm apa lagi nak corat coret kat sini hah..???

Tuesday, October 11, 2011

wah..!!!eceh...!!!

:: pada ketika ini dan saat ini dan setiap saat saya berasa sangat CANTIK...::hah??awk ni perasan...!!!::tidak saya tak perasan tapi itu HAKIKAT:: eee!!!angkat bakul masuk sendiri...!!!::owh tidak mana ada saya angkat bakul::kalau puji diri sendiri umpama angkat bakul masuk sendiri lah...::owh..!!!tapi kalau kita tak percaya pada kecantikan yang kita ada dan tak perasan siapa yang nak perasan kan kita...lebih baik puji diri sendiri kerana ada ke orang yang nak puji kita dengan seikhlas hati..kalau ada yang ikhlas pun umpama IKHLAS TAPI JAUH...hmmm

::saya memang cantik tapi saya comel::memang saya comel tapi saya manis::memang manis tapi saya anggun::memang saya anggun tapi saya ayu..!!!hihihihihhi

::saya sangat bersyukur dengan kecantikkan yang dianugerah oleh illahi kerana KECANTIKKAN ADALAH HAK MILIK SETIAP INSAN
 

Monday, October 10, 2011

kaMpung TengkeK...

:: pic ni before makngah dan pakngah pergi umrah kat kampung negeri sembilan kuala pilah tengkek...



haJi 2011

pic sekitar menghantar makngah dan pakngah pergi menunaikan ibadah HAJI..!!!ALHAMDULLILAH..!!!

anak sedara dan kakak sepupu




anak anak sedara


bersama abang sepupu


bersama anak sedara dan abang sepupu




kakak dan adik yang tembun




bersama anak sedara yang tembun..hihihi

bersama anak sedara dan kakak sepupu


bersama makngah,anak sedara dan kakak sepupu

bersama anak sedara,abang sepupu dan makngah