USAI AKU TERIMA NIKAHNYA
aku baru je beli buku ni...sebabnya bila baca sinopsis dia macam best sangat...tapi tak tau lah...masih dalam proses mentelaah lagi...hihihihi
Puteri Nur Aina, tidak pernah
mengharapkan kehidupan indah di atas pernikahan terpaksanya dengan Iskandar
hafiz. Baginya perkahwinan ini adalah penyelamat kepada dirinya yang derita dan
dikongkong oleh keluarga angkatnya. Takdir telah menentukan mereka suami isteri
telah jatuh cinta dan melalui fasa bahagia alam rumah tangga.
Namun, episod gembira cinta mereka tidak disenangi oleh beberapa pihak yang
menyebabkan Iskandar Hafiz amat tertekan. Lalu keputusan yang diambilnya secara
tidak sengaja telah menyebabkan Puteri Nur Aina sedih lagi terluka.
Dalam masa yang sama muncul sahabat baik Iskandar Hafiz, Megat Khalif yang telah
jatuh cinta pada Puteri Nur Aina pada pandangan pertama lagi, dan sanggup
berkorban apa sahaja demi melihat 'puterinya' tersenyum bahagia semula.
Dia tidak berputus asa menunggu sehingga Puteri Nur Aina dapat melupakan
Iskandar Hafiz dan menerimanya dengan sepenuh hati. Malangnya, apabila Puteri
Nur Aina mula menerimanya, Iskandar Hafiz kembali menagih kasih....
Puteri : "Hadirmu
bagaikan seorang wira, menyelamatkan aku dari lembah sengsara, yang mengajar apa
itu rasa cinta dan erti perasaan. Namun, yang seorang lagi cukup sempurna, setia
mengubati lukaku, sentiasa ada saat aku memerlukan. Tanpamu aku lelah..."
Abang Is : "Kau
bukannya yang pertama di hati, namun kaulah perempuan pertama aku nikahi,
sehingga lidahku menjadi kelu untuk menyebut nama yang lain, menjadikan hanya
dirimu perempuan terakhirku..."
Khalif : " Rasa
cinta padamu tidak pernah pudar, walaupun nyawa bercerai dengan badan. Apa yang
kuinginkan, hanyalah kebahagiaan dirimu, Puteriku...."
Apakah kesudahan kemelut kisah cinta mereka? Temui jawapan akhirnya dalam Usai....
Aku Terima Nikahnya
" SEKALI NAMAMU KULAFAZKAN HATI TIDAK PERNAH TERDETIK MENYEBUT YANG LAIN..."